You are currently viewing PENDEKATAN STRATEGIK MELAKSANAKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (IKS)

PENDEKATAN STRATEGIK MELAKSANAKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (IKS)

HUBUNG KAIT PERBELANJAAN DENGAN KOS KEMALANGAN TAHUN 2017

Pelaburan pembangunan modal insan dan peningkatan daya saing negara iaitu pelaburan melalui jaringan keselamatan social RM 535 juta, Pendidikan RM 17 367 juta dan keusahawanan RM 355 juta. Manakala pelaburan melalui merangsang pelaburan swasta RM 2 622 juta, meningkatkan tahap kesihatan 9 246 juta serta TVET dan tenaga kerja RM 1080 juta. Kesemua jumlah pelaburan pembangunan modal insan dan peningkatan daya saing negara mencapai RM 31 billion.

Malaysia mempunyai 32.02 juta penduduk dan terdapat 920 624 majikan (Banci Ekonomi 2015) serta 14.4 juta orang pekerja. Berdasarkan analisis yang dibuat, impak langsung kegagalan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) iaitu terdapat 116 kes kemalangan tempat kerja setiap hari (42 513), terdapat 2 kes kematian di tempat kerja setiap hari (711) dan terdapat 10 kes penyakit dan keracunan di tempat kerja setiap hari (3 890) (Sumber: JKKP). Pampasan PERKESO pada tahun 2017 berjumlah RM 3.7 Billion untuk warganegara dan bukan warganegara berjumlah RM 3.2 juta.

SENARIO KKP DI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS)

Berdasarkan sektor PKS yang telah didaftarkan pada 2015, terdapat 809 126 sektor perhidmatan, 47 698 sektor pembuatan dan 39 158 sektor pembinaan, 10 218 sektor pertanian serta 865 sektor perlombongan dan pengkuarian.

Peratusan kemalangan dan maut yang berlaku di 5 sektor utama pada tahun 2017;

Perkhidmatan           : 53% kemalangan, 32% maut

Pembuatan               : 31% kemalangan, 27% maut

Pembinaan                : 10% kemalangan, 26% maut

Pertananian                : 6% kemalangan, 14% maut

Lombong dan kuari     : 1% kemalangan, 2% maut

Empat masalah utama di PKS yang telah dikenalpasti adalah kurang pengetahuan KKP. Kedua, tiada orang yang dilantik untuk mengurus KKP. Ketiga, kurang komitmen daripada majikan. Keempat, dilemma Commitment vs Profit.

JKKP telah melaksanakan program compliance support dengan kaedah khidmat nasihat. Pada 2009-2015, JKKP telah menetapkan program dengan memberi penerangan di kilang dan minamakan lawatan kilang adalah 4 kali. Pada tahun 2016 pula, JKKP menambah program dengan mengadakan bengkel kesedaran.

SKOP IKS 2020

Kerajaan telah membuat pelan strategic keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor industri kecil dan sederhana 2016-2020 (IKS 2020). IKS 2020 ini merupakan pelan yang mendokong OSHMP 2020. Ianya adalah untuk menggurangan kadar kematian 4.36/100 000 pekerja. Selain itu, menggurangkan kadar kemalangan 2.53/1000 pekerja serta untuk meningkatkan pelaporan penyakit dan keracunan pekerja 30%. Visi IKS 2020 adalah budaya pencegahan diterapkan di tempat kerja manakala misi adalah memperkasakan pengurusan KKP di tempat kerja.

Fokus utama IKS 2020 ini adalah untuk meningkatkn pematuhan melalui inovasi dan teknologi. Selain itu, akses kepada kerjasama, perkongsian dan kolabarasi serta meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan. Di samping itu, membangunkan sumber manusia dan latihan. Strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam IKS 2020 adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran KKP. Selain itu, menyediakan bantuan pematuhan dan mempromosikan budaya pencegahan. Seterusnya, menerapkan inovasi KKP dan menguatkuasa KKP dengan berkesan serta bilangan dan kualiti pengamal KKP sektor IKS.

OSH – WORKPLACE ASSESSMENT (WA)

OSH – Workplace Assessment (WA) bermaksud penilaian di tempat kerja dilakukan oleh majikan/organisasi. Manakala, OSH – Workplace Audit (WA) bermaksud audit tempat kerja yang dilakukan oleh pegawai JKKP. Objektif OSH – WA adalah meningkatkan tahap KKP di tempat kerja terutama dari segi keadaan fizikal. Mengalakkan majikan membuat penilaian tempat kerja dan dapat mengenalpasti hazard yang ada serta pegawai JKKP dapat membantu majikan melakukan penilaian tepat kerja semasa audit dilaksanakan. Folus program ini pada 70% fizikal iaitu bahan kimia, bunyi bising, ergonomic, penilaian tempat kerja, kawalan risiko logi dan jentera, kebajikan dan pelan tindakan kecemasan.  Manakala 30% lagi focus pada dokumentasi iaitu dasar, pengeloiaan KKP (JKK & OKY), latihan dan penyimpanan rekod. Cara perlaksanaan program ini dengan melalukan kekerapan penilaian di tempat kerja oleh majikan iaitu minima setahun 2 kali dan dilakukan oleh OKY/pekerja terlatih (OSH-C). Selain itu, audit di tempat kerja oleh pegawai JKKP iaitu majikan perlu melaksanakan penilaian tempat kerja sebelum JKKP audit dan pegawai JKKP akan memberi penerangan selepas audit sekiranya gred tak sama.

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BAGI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Sistem pengurusan ini berdasarkan konsep 5P iaitu persediaan adalah dasar, penetapan dan HIRARC. Kedua, perancangan adalah strategi/program/aktiviti dan pengurusan kecemasan (pencegahan, kesiapsiagaan, tindakbalas dan pemulihan). Ketiga, pelaksanaan adalah penyampaian/komunikasi dan tindakan perlaksanaan serta latihan. Keempat, pemantauan adalah pemantauan proaktif dan reaktif serta siasatan kemalangan dan audit. Kelima, penambahbaikan adalah tindakan pencegahan dan pembetulan.

Leave a Reply